Berdasarkan kepada Jawapan pada soalan 3, adakah ini bermaksud semua bangunan yang tertakhluk kepada Arahan ini diwajibkan pemasangan Sistem Perlindungan Kilat (SPK)?
Arahan ini mengkehendaki Orang Kompeten, Kontraktor Perkhidmatan Elektrik, Kontraktor Elektrik, juruperunding, pemunya atau pengurusan bangunan mematuhi pemakaian Standard Malaysia MS IEC 62305: 2007 di mana pada bahagian 2 standard tersebut (MS IEC 62305: 2007 Part 2) menyatakan keperluan untuk menjalankan Risk Assessment sebelum pemasangan SPK dilakukan. Risk Assessment yang dilakukan akan menentukan sama ada bangunan tersebut berisiko tinggi atau rendah bagi keperluan membuat pemasangan SPK.
Di samping keperluan pemasangan SPK, Risk Assessment juga akan menentukan tahap perlindungan yang bersesuaian dengan bangunan tersebut (Tahap 1, 2, 3 atau 4). Sekiranya tidak perlu, maka bangunan tersebut tidak perlu dilengkapi dengan SPK.
Namun demikian, pemunya atau pengurusan bangunan adalah diingatkan untuk membuat simpanan laporan Risk Assessment untuk dikemukakan kepada pegawai ST, apabila dikehendaki.