Lightning Protection System

Adakah penggunaan sistem penangkap kilat bukan konvensional seperti Early Steamer Emission (ESE), Charge Transfer System (CTS), dan lain-lain dibenarkan?

Selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 47, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), Suruhanjaya Tenaga hanya menetapkan bahawa rekabentuk, pemasangan dan senggaraan alat perlindungan kilat di bangunan-bangunan hendaklah dibuat mengikut kaedah sistem perlindungan kilat yang dinyatakan dalam Standard Malaysia MS IEC 62305: 2007–Protection Against Lightning, iaitu yang diperbuat daripada elemen metallic seperti rod, konduktor mesh atau wayar catenary dan pemasangannya hendaklah berdasarkan kaedah pemasangan Protective Angle, Mesh atau Rolling Sphere.