Newsroom
Press Releases 25 March 2025

Makluman Terkini Mengenai Penyesuaian Program Solar untuk Kegunaan Sendiri (Solar for Self-Consumption - SELCO) Termasuk Pelaksanaan Caj Tunggu Sedia (Standby Charge)

Makluman Terkini Mengenai Penyesuaian Program Solar untuk Kegunaan Sendiri (Solar for Self-Consumption - SELCO) Termasuk Pelaksanaan Caj Tunggu Sedia (Standby Charge)

Putrajaya, 25 Mac 2025 – Kerajaan telah bersetuju supaya penyesuaian terhadap pelaksanaan Program Solar untuk Kegunaan Sendiri atau Solar for Self-Consumption (SELCO) dilaksanakan seperti berikut:

(i) pelaksanaan syarat pemasangan sistem penstoran tenaga dikecualikan sehingga 31 Disember 2025;

(ii) kapasiti pemasangan di bawah 1MWp dikecualikan daripada caj tunggu sedia;

(iii) kapasiti pemasangan melebihi 1MWp dikenakan caj tunggu sedia pada kadar RM12/kWp; dan

(iv) institusi Pengajian Tinggi yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan melakukan pemasangan melebihi 1MWp dikecualikan daripada caj tunggu sedia dan syarat pemasangan sistem penstoran tenaga;

Keputusan ini menggantikan keputusan pelaksanaan yang telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada 31 Disember 2024. Bagi tujuan ini, ST akan mengemaskini Garis Panduan Solar Fotovoltaik Untuk Kegunaan Sendiri (SELCO) yang akan merangkumi penambahbaikan seperti yang telah diluluskan dan akan dimuat naik di dalam laman sesawang ST untuk rujukan semua pihak yang terlibat kelak.

About The Energy Commission

The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.