Feedback
Saya telah menerima surat/notis tuntutan wang hasil terkurang oleh pemegang lesen selepas mereka memaklumkan pepasangan meter rumah saya telah diusik. Bolehkah pemegang lesen membuat pemeriksaan di premis tanpa kehadiran wakil daripada Suruhanjaya Tenaga?
Di bawah Seksyen 38 Akta 447, pemegang lesen adalah dibenarkan untuk
menjalankan pemeriksaan dan menuntut wang hasil terkurang sekiranya
pemegang lesen dapat membuktikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di
pepasangan meter pengguna. Dalam hal tersebut, pemeriksaaan di premis
tersebut boleh dijalankan tanpa kehadiran wakil daripada Suruhanjaya Tenaga.
Feedback
Adakah televisyen yang dijual wajib ditampal dengan label cekap tenaga Suruhanjaya Tenaga?
Berapa lamakah proses permohonan Perakuan Kelulusan Baru dan Pembaharuan Perakuan Kelulusan?
Sekiranya peniaga menjual kelengkapan elektrik yang tidak mendapat Perakuan Kelulusan (COA), apakah hukuman yang boleh dikenakan?
Bagaimanakah cara untuk mengetahui adapter telah diluluskan untuk dijual dan digunakan?
Sekiranya pengilang/pengimport memasarkan televisyen tanpa memohon label cekap tenaga daripada Suruhanjaya Tenaga, apakah hukuman yang boleh dikenakan?